BackLinks

Buy and Sell text links

FootyAll.com

Saturday, July 2, 2011

Arsenal Hilang Ramai Pemain - Wenger Bakal Dipecat Jika Gagal Lagi.

Musim baru 2011/12 BPL akan bermula dalam tempoh sebulan lagi, namun Arsenal masih tercari-cari pemain baru yang akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan The Gunners.

Para peminat serta pemerhati sukan bolasepak diseluruh dunia memandang serius dengan perkembangan perpindahan pemain Arsenal sendiri yang masih menjadi tanda tanya.

Baru-baru ini dikejutkan pula oleh pemain penyerang Robin Van Persie yang seakan-akan memberi bayangan turut sama untuk berpindah dari pasukan Arsenal.

Setelah Samir Nasri yang masih enggan menanda tangani kontrak baru manakala Gael Clichy pula diberitakan akan berhijrah ke Eastland setelah ManCity berjaya mengikat pemain tersebut dengan perpindahan yang dianggarkan sekitar 7 juta pounds.

Sanir Nasri yang menjadi aset utama Arsenal kini kian panas diperkatakan telah menjadi rebutan pelbagai kelab di Eropah.

Kemelut dalaman yang melanda Arsenal setelah Arsene Wenger enggan memenuhi permintaan gaji yang melampau dari pemain tersebut juga menjadi punca yang Arsenal akan kehilangan Samir Nasri dan berkemungkinan pemain-pemain yang lain seperti Nicklas Bendtner, Cesc Fabregas yang mana mempunyai alasan tersendiri untuk berpindah.

Kehilangan besar mungkin akan dirasai apabila Fabregas kapten pasukan yang kini telah nekad untuk kembali ke kelab asal beliau dahulu iaitu Barcelona. Namun persetujuan yang melibatkan yuran perpindahan pemain tersebut sedikit sebanyak telah menggagalkan proses perpindahan tersebut.

Namun Real Madrid enggan mengaku kalah dimana dengan tidak semena-mena telah melancarkan bidaan rasmi untuk mencuri Fabregas dari tangan Barcelona. Dengan adanya saingan baru ini dari Real Madrid, maka peluang Arsenal untuk memperolehi keuntungan yang tinggi hasil dari perpindahan tersebut mungkin akan menjadi nyata.

Arsenal juga digembar-gemburkan dengan berita niat mereka untuk mengikat beberapa pemain baru seperti Gervinho, Ricardo Alvarez, Gary Cahill, Chris Samba namun semuanya masih kelihatan agak samar.

Arsenal juga dikatakan telah membida pemain Bolton iaitu Gary Cahill, selain menawarkan wang tunai dan juga Nicklas Bendtner sebagai bonus telah ditolak oleh Bolton.

Pergelutan untuk menyelesaikan masalah dalaman Arsenal sendiri telah semakin menyukarkan Arsene Wenger untuk membuat keputusan.

Namun peminat-peminat Arsenal nyata semakin resah dan kecewa dengan perkembangan tersebut dikala mana pasukan pesaing yang lain telah pun hampir selesai menjalankan urus niaga perpindahan musim panas ini. Sebahagian besar pasukan lain dalam liga BPL telah pun memulakan latihan pra-musim untuk melengkapkan persediaan untuk musim baru.

Sekiranya perpindahan beramai-ramai akan terjadi kepada pemain-pemain Arsenal sendiri, maka Arsenal mungkin menghadapi kesukaran dalam mengharungi musim baru nanti. Kekecewaan peminat Arsenal nampaknya tidak mungkin akan terubat setelah enam tahun gagal untuk meraih sebarang kejuaraan.

Kekecewaan semakin memuncak pada musim lepas setelah ManCity berjaya mengatasi mereka untuk memduduki tangga ketiga liga sekaligus menghancurkan harapan The Gunner untuk layak secara otomatik dalam Liga Juara-Juara.

Apa lagi masalah yang akan menyusul seterusnya, namun perbalahan di pihak atasan sehingga ada usul agar pihak pengurusan atasan Arsenal dipecat atau dirombak telah mengeruhkan lagi suasana dalam pengurusan kelab tersebut.

Kini untung nasib pasukan Arsenal terletak ditangan pengurus yang paling lama dalam sejarah pasukan Arsenal iaitu Arsene Wenger. Pencapaian musim depan juga dikatakan bakal menentukan nasib beliau samada akan dikekalkan atau pun keputusan untuk mencari pengganti mungkin juga akan menjadi kenyataan.



No comments:

Post a Comment

Sports Top Blogs

Google Pagerank Powered by  MyPagerank.Net