BackLinks

Buy and Sell text links

FootyAll.com

Sunday, July 3, 2011

Samir Nasri Milik Siapa?

Dua gergasi bolasepak liga BPL yang sememangnya terkenal dengan kuasa beli yang menakjubkan beralih arah kepada Samir Nasri sebagai buruan.

Samir Nasri- Isu perpindahan beliau semakin hangat diperkatakan

ManCity yang gagal dalam usaha untuk mendapatkan Alexis Sanchez dan Neymar telah mendahului Chelsea di mana telah berjaya mendapat khidmat Gael Clichy dari Arsenal. Ini bermakna Samir Nasri mungkin akan mengikut jejak langkah rakan senegaranya untuk berhijrah ke Eastlands.

Gael Clichy - Sudah dalam genggaman ManCity

ManUnited kini mula mengorak langkah yang dijangka membuat bidaan sebanyak 25 juta pounds ke atas playmaker Arsenal yang kini menemui jalan buntu untuk menyambung kontrak baru bagi kekal di Emirates. Alex Ferguson yang diberitakan amat berminat dan mengkagumi Samir Nasri tidak ingin terlepas peluang untuk membawa beliau ke Old Trafford.

Santos enggan menjual Neymar pada saat-saat akhir.

Chelsea yang diterajui oleh pengurus baru Villas-Boas juga telah mengorak langkah untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun tersebut. Setelah Neymar pemain berusia 19 tahun berasal dari kelab Santos di Brazil menjadi pilihan utama pada awal musim perpindahan telah dikhabarkan tidak akan dijual kepada mana-mana kelab yang berminat.

Alexis Sanchez menyatakan lebih berminat untuk menyertai Barcelona

Buat setakat ini, Inter Milan merupakan sebuah kelab dari luar England yang juga menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Samir Nasri.

Adakah Wenger akan memilih Inter Milan daripada 3 kelab pesaing rapat mereka di BPL?

Siapakah yang bakal berjaya menambat hati Samir Nasri?

Tetapi yang nyata, keempat-empat kelab yang bersaing mempunyai keupayaan untuk memenuhi permintaan gaji yang tinggi seperti apa yang diingini oleh Samir Nasri.

Kehilangan Samir Nasri merupakan satu lagi tamparan hebat kepada peminat-peminat Gunners yang mana ramai inginkan pemain tersebut dikekalkan di Emirates.




Sports Top Blogs

Google Pagerank Powered by  MyPagerank.Net

Saturday, July 2, 2011

Arsenal Hilang Ramai Pemain - Wenger Bakal Dipecat Jika Gagal Lagi.

Musim baru 2011/12 BPL akan bermula dalam tempoh sebulan lagi, namun Arsenal masih tercari-cari pemain baru yang akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan The Gunners.

Para peminat serta pemerhati sukan bolasepak diseluruh dunia memandang serius dengan perkembangan perpindahan pemain Arsenal sendiri yang masih menjadi tanda tanya.

Baru-baru ini dikejutkan pula oleh pemain penyerang Robin Van Persie yang seakan-akan memberi bayangan turut sama untuk berpindah dari pasukan Arsenal.

Setelah Samir Nasri yang masih enggan menanda tangani kontrak baru manakala Gael Clichy pula diberitakan akan berhijrah ke Eastland setelah ManCity berjaya mengikat pemain tersebut dengan perpindahan yang dianggarkan sekitar 7 juta pounds.

Sanir Nasri yang menjadi aset utama Arsenal kini kian panas diperkatakan telah menjadi rebutan pelbagai kelab di Eropah.

Kemelut dalaman yang melanda Arsenal setelah Arsene Wenger enggan memenuhi permintaan gaji yang melampau dari pemain tersebut juga menjadi punca yang Arsenal akan kehilangan Samir Nasri dan berkemungkinan pemain-pemain yang lain seperti Nicklas Bendtner, Cesc Fabregas yang mana mempunyai alasan tersendiri untuk berpindah.

Kehilangan besar mungkin akan dirasai apabila Fabregas kapten pasukan yang kini telah nekad untuk kembali ke kelab asal beliau dahulu iaitu Barcelona. Namun persetujuan yang melibatkan yuran perpindahan pemain tersebut sedikit sebanyak telah menggagalkan proses perpindahan tersebut.

Namun Real Madrid enggan mengaku kalah dimana dengan tidak semena-mena telah melancarkan bidaan rasmi untuk mencuri Fabregas dari tangan Barcelona. Dengan adanya saingan baru ini dari Real Madrid, maka peluang Arsenal untuk memperolehi keuntungan yang tinggi hasil dari perpindahan tersebut mungkin akan menjadi nyata.

Arsenal juga digembar-gemburkan dengan berita niat mereka untuk mengikat beberapa pemain baru seperti Gervinho, Ricardo Alvarez, Gary Cahill, Chris Samba namun semuanya masih kelihatan agak samar.

Arsenal juga dikatakan telah membida pemain Bolton iaitu Gary Cahill, selain menawarkan wang tunai dan juga Nicklas Bendtner sebagai bonus telah ditolak oleh Bolton.

Pergelutan untuk menyelesaikan masalah dalaman Arsenal sendiri telah semakin menyukarkan Arsene Wenger untuk membuat keputusan.

Namun peminat-peminat Arsenal nyata semakin resah dan kecewa dengan perkembangan tersebut dikala mana pasukan pesaing yang lain telah pun hampir selesai menjalankan urus niaga perpindahan musim panas ini. Sebahagian besar pasukan lain dalam liga BPL telah pun memulakan latihan pra-musim untuk melengkapkan persediaan untuk musim baru.

Sekiranya perpindahan beramai-ramai akan terjadi kepada pemain-pemain Arsenal sendiri, maka Arsenal mungkin menghadapi kesukaran dalam mengharungi musim baru nanti. Kekecewaan peminat Arsenal nampaknya tidak mungkin akan terubat setelah enam tahun gagal untuk meraih sebarang kejuaraan.

Kekecewaan semakin memuncak pada musim lepas setelah ManCity berjaya mengatasi mereka untuk memduduki tangga ketiga liga sekaligus menghancurkan harapan The Gunner untuk layak secara otomatik dalam Liga Juara-Juara.

Apa lagi masalah yang akan menyusul seterusnya, namun perbalahan di pihak atasan sehingga ada usul agar pihak pengurusan atasan Arsenal dipecat atau dirombak telah mengeruhkan lagi suasana dalam pengurusan kelab tersebut.

Kini untung nasib pasukan Arsenal terletak ditangan pengurus yang paling lama dalam sejarah pasukan Arsenal iaitu Arsene Wenger. Pencapaian musim depan juga dikatakan bakal menentukan nasib beliau samada akan dikekalkan atau pun keputusan untuk mencari pengganti mungkin juga akan menjadi kenyataan.



Sports Top Blogs

Google Pagerank Powered by  MyPagerank.Net

Tuesday, January 25, 2011

We will be back soon.

Hi, our blog is still under construction. However we would like to thank you for your visits and hope you will be back again in future.

-KicKdBaLL-
Sports Top Blogs

Google Pagerank Powered by  MyPagerank.Net